Kem Generasi Madani Al-Quran di Hati Siri 1 2026

RAWANG, 4 Julai 2026 – Kem Generasi Madani Al-Quran di Hati Siri 1 bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu bertempat di Sekolah Agama Menengah Rawang.

Program tersebut telah menghimpunkan seramai 180 orang peserta dengan objektif utama untuk membimbing dan menggalakkan para peserta mengkhatamkan bacaan Al-Quran. Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti penghayatan dan pembacaan Al-Quran yang disusun secara terancang.

Penganjuran program ini diharapkan dapat memupuk kecintaan terhadap Al-Quran serta membentuk generasi Madani yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Program ini turut mendapat kerjasama dan komitmen yang baik daripada para peserta, guru serta pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran pelaksanaannya.